top of page
Misi & Visi

MISI & VISI

  • Muslim yang dinamik: prinsip menjadikan seorang muslim yang dinamik iaitu melahirkan seorang muslim yang berilmu dan juga bersikap positif dalam melakukan sesuatu untuk mencapai kejayaan.

 

  • Warga yang baik: melahirkan seorang warga yang baik dari segi cara pertuturan, tingkah laku dan perbuatan seiring dengan budaya masyarakat Timur yang baik dan kaya dengan budi bahasa yang tinggi.

 

  • Kaedah Montessori: sistem pengajaran dan pembelajaran berorientasikan kaedah Montessori iaitu menggunakan bahasa Inggeris (English-based) sebagai bahasa pengantar bagi pengajaran dan pembelajaran. Diterapkan juga pembelajaran ilmu ukhrawi yang terdiri daripada solat, membaca Al- Quran, belajar bahasa Arab dan lain-lain. Nilai- nilai murni dan berakhlak mulia dititikberatkan bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi intelektual dan spiritual.

 

  • Pendidikan berasaskan Islam: Pembelajaran ilmu berkaitan agama Islam seperti pembelajaran bahasa Arab, membaca Al- Quran, solat dan lain- lain diterapkan kepada pelajar- pelajar seawal usia 3 tahun juga diajar di Mi’ raj Islamic Montessori School bagi melahirkan seorang muslim yang dinamik dan berilmu.

bottom of page