top of page
Sejarah Kami

SEJARAH KAMI

Disini bermulanya kami

Diasaskan oleh sekumpulan anak muda berlatarbelakangkan bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Diterajui oleh Nur Nathshah Elya, seorang anak muda yang berwawasan tinggi bagi membangunkan seorang insan yang seimbang daripada aspek intelektual dan spiritual berlandaskan konsep Islamic Montessori iaitu seimbang dari segi duniawi dan ukhrawi. Mi’ raj yang membawa maksud tahap tertinggi yang berasal daripada perkataan Arab meletakkan ilmu di tahap tertinggi sejajar dengan ilmu duniawi dan ukhrawi. Kurikulum berorientasikan bidang yang pelbagai dan pemikiran di luar kotak diterapkan untuk setiap pelajar disamping aktiviti yang menyeronokkan bagi menjana persekitaran yang positif.

 

Mula bertapak sejak Oktober 2016 di Glomac Cyberjaya, Selangor iaitu sebuah hab yang terdapat ramai intelektual disamping kemudahan fasiliti yang moden. Sehubungan itu, Mi’ raj Islamic Montessori School ingin melahirkan insan yang berjaya bukan sahaja daripada segi intelektual malahan spiritual sebagaimana dititik beratkan dalam agama Islam. Merancang meluaskan empayar dengan sasaran membuka cawangan di setiap negeri khususnya di Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2020 setelah mendapat sambutan yang hangat khususnya warga Cyberjaya dan sekitarnya. Oleh itu, dengan motto “Knowledge for All”, menekankan bahawa ilmu tidak terhad kepada belajar semata-mata, memupuk nilai- nilai yang positif untuk menjadikan seorang warga yang berwibawa, dihormati dan juga produktif.

bottom of page